tag:blogger.com,1999:blog-78525512024-03-13T04:16:18.585-07:00Syahrizal's Blog"Merenung sejenak Al-Quran dan Al-Hadis"Syah Rizalhttp://www.blogger.com/profile/01210529038378902556noreply@blogger.comBlogger31125tag:blogger.com,1999:blog-7852551.post-61732013899569413322011-04-04T05:43:00.000-07:002011-04-04T05:51:34.143-07:00Syafaat Untuk SemuaSeorang sahabat Nabi s.a.w. yang bernama Auf bin Malik bercerita, suatu hari Nabi s.a.w. bersabda kepada kami, “Tahukah engkau apa yang telah ditawarkan Tuhanku malam tadi kepadaku?” Kami berkata: “Allah dan Rasul-Nya lebih mengetahui.”
Rasulullah s.a.w. berkata, “Allah menawarkan kepadaku sama ada memasukkan sesetengah umatku ke dalam syurga, atau memberiku syafaat. Aku lalu memilih syafaat.”
Kami lalu berkata, “Wahai Rasulullah, mintakanlah kepada Allah agar menjadikan kami termasuk dalam golongan ahli syafaatmu.”
Baginda menjawab: “Syafaat ini untuk semua Muslim.”
Hadis yang diriwayatkan oleh Imam al-Tirmizi dan Ibn Majah ini sengaja saya pilih untuk membuka perbincangan kita tentang syafaat Rasulullah s.a.w., kerana isinya melahirkan kegembiraan di hati setiap orang yang membacanya.

Makna Syafaat

Secara bahasa, syafaat berasal daripada kata al-syaf’u, maknanya “genap” (lawannya ganjil). Syafaat dengan demikian mengandungi makna “menggenapkan” sesuatu, yakni membantu pihak lain melakukan sesuatu yang tidak dapat dilakukan dengan dirinya sendiri. Ibn al-Manzur dalam Lisan al-Arab berkata, “Syafaat ialah perkataan seseorang kepada raja untuk meminta hajat bagi orang lain.”
Sewaktu kita berbicara pada Hari Pembalasan, maka yang menjadi Raja pada hari itu adalah Allah s.w.t. yang menampilkan diri-Nya sebagai penentu nasib setiap makhluk. Pada hari itu, “Tiada siapa yang dapat memberi syafaat di sisi Allah melainkan dengan izin-Nya.” (Surah al-Baqarah 2: 255). Maka hanya hamba-hamba yang sangat dekat kepada Allah sahaja yang memperoleh kehormatan untuk membantu orang lain.
Keyakinan dengan adanya syafaat ini merupakan aqidah yang menjadi pegangan Ahli Sunah waljamaah. Berkata al-Qadhi Iyad al-Maliki sebagaimana nukilan Imam al-Nawawi dalam Syarah Sahih Muslim, “Berbagai athar (hadis) yang keseluruhannya mencapai darjat mutawatir menunjukkan adanya syafaat bagi orang yang berdosa di akhirat, dan ini menjadi perkara yang telah menjadi ijmak di kalangan ulama Ahli Sunah Waljamaah sejak generasi salaf dan khalaf hingga hari ini.”
Al-Qadhi Iyad juga menjelaskan bahawa sekelompok manusia daripada puak Muktazilah dan Khawarij menolak adanya syafaat ini. Mereka berhujah dengan beberapa ayat al-Quran yang kesemuanya jika diperhatikan dengan teliti, berkaitan dengan orang kafir. Maka ayat ini tidak boleh dikenakan bagi orang beriman yang melakukan dosa lalu dimasukkan ke neraka. Hal ini kerana terdapat hadis-hadis Nabi yang mutawatir menjelaskan bahawa syafaat dapat menyelamatkan mereka dengan izin Allah s.w.t.
Lagi pula, kalau kita renungi secara mendalam syafaat ini sebenarnya tidak lain merupakan salah satu perwujudan daripada sifat rahmat Allah s.w.t. kepada seluruh hamba-hamba-Nya. Rahmat ini diperlihatkan melalui hamba-hamba pilihan-Nya untuk menampilkan kelebihan mereka kepada semua manusia yang lain.

Syafaat Terbesar
Antara hamba-hamba pilihan itu ialah Baginda Muhammad Rasulullah s.a.w. satu-satunya hamba Allah yang memiliki al-Maqam al-Mahmud (Maqam yang Terpuji). Dalam hadis yang diriwayatkan oleh al-Bukhari dan Muslim daripada Jabir bin Abdillah, Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud: “Aku telah diberikan lima perkara yang tidak pernah diberikan kepada nabi-nabi sebelumku, salah satunya aku diberikan syafaat.”
Hadis ini tidak bermakna bahawa syafaat hanya dimiliki oleh Rasulullah s.a.w. sahaja, dan tidak dimiliki oleh nabi-nabi lain. Namun apa yang ingin kita bicarakan kali ini ialah tentang sebuah syafaat khas yang eksklusif dimiliki Rasul Akhir Zaman, iaitu apa yang dikenal dalam ilmu aqidah sebagai al-Syafaatul ‘Uzma (Syafaat Terbesar).
Begitu luas dan besarnya syafaat ini, hingga ianya meliputi semua makhluk. Walaupun bukan berasal daripada umat Baginda, iaitu syafaat yang melepaskan semua ahli mahsyar yang telah penat kerana seksaan zahir dan batin sekian lama untuk menunggu proses hisab dilaksanakan. Perkara ini bersesuaian dengan sifat Baginda yang diutus Allah s.w.t. sebagai rahmat bagi sekalian alam, juga dengan syariat Baginda yang meliputi seluruh manusia.
Imam al-Bukhari meriwayatkan daripada Ibn Umar r.a., “pada hari kebangkitan, semua umat manusia berlutut, setiap umat akan mengikuti seorang nabi dan berkata kepadanya, “Wahai polan, tolonglah kami.” Nabi itu terus menolak, hingga mereka mendatangi Rasulullah s.a.w. Maka pada saat itulah, Allah menempatkan Baginda di al-Maqam al-Mahmud (maqam yang Terpuji).”
Abu Hurairah dan Anas bin Malik meriwayatkan hadis ini dengan lebih terperinci sebagaimana yang terdapat di dalam Sahih al-Bukhari dan Muslim. Ringkasnya, semua manusia pertama kali mendatangi Nabi Adam, lalu Nabi Ibrahim, lalu Nabi Musa hingga ke Nabi Isa a.s. Namun kesemua nabi-nabi ini tidak berani meminta kepada Allah s.w.t untuk memulai hisab. Semua manusia kemudiannya akan menemui Nabi Muhammad s.a.w. Baginda segera bersujud di bawah Arasy sambil memuji Allah dengan berbagai pujian yang Allah ilhamkan kepadanya.
Beberapa lama kemudian, Allah berfirman kepada kekasihnya ini yang antaranya bermaksud: “Wahai Muhammad, angkatlah kepalamu. Mintalah, maka engkau akan diberi. Dan berikanlah syafaat, maka syafaatmu akan diterima.” Pada saat itulah, Rasulullah meminta agar Allah memulai hisab untuk umatnya. Allah, Raja Hari Pembalasan segera mengabulkan permintaan tersebut.

Syafaat untuk Ahli Neraka

Demikianlah Syafaat Terbesar yang hanya dimiliki oleh Rasulullah s.a.w. Namun selain syafaat ini, Baginda terus diizinkan untuk memberikan syafaat bagi menolong setiap umatnya yang memerlukan bantuan. Di dalam hadis al-Bukhari dan Muslim daripada Anas bin Malik, Baginda bersabda yang bermaksud: “Setiap Nabi memiliki doa yang pasti Allah kabulkan, dan aku menyimpan doa tersebut sebagai syafaat bagi umatku di akhirat nanti.”
Syafaat ini diperlukan kerana Rasulullah s.a.w. memiliki bilangan umat yang paling ramai dibandingkan nabi-nabi yang lain, dan tidak semua orang daripada umat Baginda yang mencapai kesempurnaan amal. Ramai antara mereka yang terjatuh ke dalam lembah maksiat terutamanya kerana mengikuti dorongan hawa nafsu.
Imam al-Hakim meriwayatkan bahawa Nabi s.a.w. bersabda yang bermaksud: “Aku melihat apa yang dilakukan umatku setelahku, mereka menumpahkan darah saudara mereka sendiri. Aku berasa sedih melihat hal itu, namun itu telah menjadi ketentuan Allah sebagaimana yang terjadi pada umat-umat lainnya. Aku lalu meminta kepada Allah agar diizinkan memberi syafaat bagi mereka pada hari kiamat, Allah lalu mengizinkannya.”
Baginda terus meminta kepada Allah untuk mengeluarkan setiap orang daripada umatnya yang berada di neraka sehingga tidak seorang pun yang tertinggal di tempat itu. Allah mengabulkan syafaat Rasulullah sebagai perwujudan janji-Nya yang maha benar, “Dan kelak Tuhanmu pasti memberikan kurnia-Nya kepadamu sehingga kamu menjadi puas.” (Surah al-Duha 93: 5)
Al-Qadhi Iyadh menyebutkan beberapa bentuk syafaat yang Nabi s.a.w. berikan kepada umatnya. Antara lain, memasukkan sebahagian umatnya ke dalam syurga tanpa hisab, mengangkat darjat sebahagian yang lain, menyelamatkan mereka dari neraka bagi orang yang telah diputuskan masuk ke dalamnya, juga mengeluarkan sebahagian yang lain dari neraka setelah mereka memasukinya.
Semua syafaat Rasulullah yang berbagai bentuk itu akan memberi manfaat kepada semua umat Baginda tanpa terkecuali. Umat Baginda ialah setiap orang yang pernah mengucapkan kalimat syahadat dengan ikhlas kerana Allah s.w.t.
Dalam Sahih al-Bukhari, Abu Hurairah bertanya Rasulullah s.a.w., “Wahai Rasulullah, siapakah orang yang paling berbahagia dengan syafaatmu?” Mendengar soalan itu Baginda menjawab, “Aku sudah mengagakkan bahawa engkau akan menjadi orang pertama yang bertanya tentang perkara ini, kerana kecintaanmu kepada hadis-hadisku. Sesungguhnya manusia yang paling berbahagia dengan syafaatku pada hari kiamat nanti ialah orang yang pernah mengucapkan syahadat ‘tidak ada tuhan selain Allah’ dengan ikhlas daripada dasar hatinya.”
Imam al-Tirmizi meriwayatkan hadis daripada Anas bin Malik yang bertanya kepada Nabi s.a.w., “Di manakah aku harus mencari tuan nanti untuk meminta syafaat?” Baginda menjawab, “Carilah aku di titian sirat.” Anas bertanya lagi, “Kalau aku tidak menemukan tuan di titian sirat?” Baginda menjawab, “Carilah aku di tempat penimbangan amal.” Anas bertanya lagi, “Kalau aku tidak menemukan tuan di sana?” Rasulullah s.a.w. berkata, “Carilah aku di telaga, sesungguhnya aku pasti hadir di salah satu daripada ketiga-tiga tempat ini.” Jelas di sini, Rasulullah akan selalu hadir di tempat-tempat yang sangat memerlukan di sepanjang proses hisab.

Wasilah

Setelah mengetahui hakikat ini, selayaknya bagi setiap Muslim yang berasa diri banyak dosa, ia selalu mengharapkan bantuan dan syafaat Rasulullah s.a.w. Dan itu dapat diusahakan dengan memperbanyakkan amalan sunah yang menjadikan kita layak mendapatkan syafaat Baginda. Siapa yang selalu melanggar sunah, semakin jauh ia daripada syafaat Nabi di akhirat.
Dalam Sahih Muslim menyebut hadis daripada Abdullah bin ‘Amr, Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud: “Jika kamu mendengar seruan muazin, maka ucapkanlah seperti ucapannya, lalu kamu berselawat kepadaku. Maka sesiapa yang berselawat kepadaku satu kali, maka Allah akan berselawat untuknya sepuluh kali. Kemudian mintakanlah wasilah untukku, sesungguhnya demikian itu adalah sebuah tempat di syurga yang tidak patut didiami melainkan seseorang hamba Allah sahaja, dan aku berharap akulah orangnya. Barang siapa yang memintakan wasilah untukku, maka ia pasti mendapatkan syafaatku.”

dipetik dari http://my-senseaddress.blogspot.com/2010/06/syafaat-untuk-kita-semua.htmlSyah Rizalhttp://www.blogger.com/profile/01210529038378902556noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-7852551.post-12980396981312620962011-03-11T14:48:00.000-08:002011-03-11T15:08:12.653-08:0012/3/2011 Masalah hatiSeorang sahabat Nabi Saw yang bernama Wabishah ra datang dengan menyimpan pertanyaan di dalam hatinya tentang bagaimanakah cara membezakan antara kebajikan dan dosa. Sebelum Wabishah bertanya, cermin hati Nabi Saw telah menangkap isi hatinya. ” Wahai Wabishah, mau aku jawab langsung atau engkau utarakan pertanyaanmu terlebih dahulu?” Wabishah menjawab,” Jawab langsung saja, wahai Rasulullah.” Beliau bersabda,” Engkau datang untuk bertanya bagaimana membezakan antara kebajikan dan dosa.” Wabishah berkata, “Benar.” Beliau Saw merapatkan jari-jarinya dan menempelkannya pada dada Wabishah, seraya bersabda “Mintalah pendapat pada hatimu dan mintalah pendapat pada jiwamu, wahai Wabishah. Sesuatu itu adalah kebaikan bila ia membuat hati tenteram, membuat jiwa tenteram, sedangkan dosa membuat kegelisah dalam hati dan kegoncangan dalam dada.(Mintalah pendapat pada hatimu dan mintalah pendapat pada jiwamu), meskipun orang-orang telah memberikan pendapat mereka kepadamu tentang hal itu.” ( HR.al-Darimi dari Wabishah ra )

Rosulullah shallallahu alaihi wasallam bersabda, "Mintalah fatwa kepada hatimu. Kebaikan itu adalah ketika jiwa dan hati menjadi tenang kepadanya. Sedangkan al-itsm (dosa) adalah yg membingungkan jiwa dan meragukan hati. Meskipun manusia memberi fatwa kepadamu." (HR Muslim)

Dari wabishah Radhyallahu ‘anhu ia berkata :

“Saya pernah bertanya kepada Rasulullah shalallahu ‘alaihi wassalam tentang kebajikan dan dosa, maka beliau menjawab :

“Hai, Wabishah, minta fatwalah kepada hatimu, dan mintalah fatwa kepada dirimu. Kebajikan adalah apa yang menjadikan jiwa dan hati merasa tenang, sedangkan dosa adalah apa yang terombang ambing dalam jiwa dan dada meskipun orang orang memberimu fatwa” (diriwayatkan oleh Imam Ahmad IV/227)Syah Rizalhttp://www.blogger.com/profile/01210529038378902556noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-7852551.post-26135862006867614052011-02-23T15:08:00.001-08:002011-02-23T15:08:41.271-08:0024/2/2011Rasulullah SAW bersabda: "Bersemangatlah untuk memperoleh apa yang bermanfaat bagimu dan minta tolonglah kepada Allah dan janganlah lemah. Bila menimpa mu sesuatu (dari perkara yang tidak disukai) janganlah engkau berkata:
"Seandainya aku melakukan ini nescaya akan begini dan begitu," akan tetapi katakanlah: "Allah telah menetapkan dan apa yang Dia inginkan Dia akan lakukan," karena sesungguhnya kalimat 'seandainya' itu membuka amalan syaitan." (Hadis Riwayat Muslim)Syah Rizalhttp://www.blogger.com/profile/01210529038378902556noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-7852551.post-7003445453213899852010-07-03T19:30:00.001-07:002010-07-03T19:30:34.403-07:007/4/2010"Ya Allah,janganlah engkau pesongkan hati kami kepada kesesatan setelah engkau berikan petunjuk kepada kami, dan kurniakanlah kepada kami rahmat dari sisiMu, sesungguhnya Engkau Maha Pemberi. "
(surah Ali Imran: ayat 8)Syah Rizalhttp://www.blogger.com/profile/01210529038378902556noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-7852551.post-15342406007985804982010-06-29T10:12:00.001-07:002010-06-29T10:12:49.486-07:00Kaedah rawatan penyakit hati:a) Mentarbiah hati supaya mencintai Allah dengan sedalam-dalamnya.
b) Membaca serta bertadarus (menyelidik) makna dan maksud-maksud ayat al-Quran.
c) Mendekatkan kepada Allah dengan amalan-amalan sunat.
d) Khusyuk dalam solat.
e) Memperbanyak zikir dan memohon ampun kepada Allah.
f) Melakukan kebaikan kerana ikhlas kepada Allah dan mengharapkan keredaan-Nya.
g) Melakukan amal dan ibadat berdasarkan perintah Allah dan Rasul.
h) Beriktikad dengan akidah yang betul.i) Sentiasa melakukan muhasabah diri.
j) Memperuntukkan masa bagi Allah menerusi penggarapan ilmu-ilmu agama.
k) Memperbanyakkan qiyamullail, berdoa terutamanya pada sepertiga malam.
l) Tunduk dan khusyuk kepada Allah dalam segenap tindakan dan perbuatan.
m) Memastikan sumber makanan dan pakaian adalah halal di sisi Allah SWT.
n) Menundukkan penglihatan kepada perkara-perkara yang diharamkan Allah.
o) Suka menziarahi kubur dan mengingati mati.
p) Sentiasa bersyukur dan reda kepada Allah atas segala nikmat yang dikurniakan.
q) Suka membantu anak-anak yatim dan bermesra dengan mereka.
r) Suka bersahabat dan duduk dengan orang-orang soleh yang boleh dijadikan teladan.Syah Rizalhttp://www.blogger.com/profile/01210529038378902556noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-7852551.post-82518859006326516252010-06-25T21:03:00.001-07:002010-06-25T21:03:51.838-07:00Doa untukku"Ya Allah, Ya Rabbi, ampunilah aku. Tiada yang bisa mengampuni segala dosaku, kecuali Engkau. Ya Allah, Ya Rabbi, betapa banyak pun dosaku, semuanya takkan membawa kerugian bagi-Mu. Dan betapapun banyak ketaatanku, takkan membawa manfaat sedikitpun bagi-Mu, ya Allah. Engkau Maha Kaya berkuasa di alam semesta ini.

Ya Allah, Ya Rabbi, betapapun besar dosaku, ampunan-Mu lebih agung dari semua itu. Betapapun besar kejahatanku, ihsan-Mu lebih besar dari semua yang ada.
Maha Suci Engkau ya Allah, begitu luas rahmat dan pengetahuan-Mu. Kasihanilah ya Allah karena kelemahanku dan ketidakmampuanku ini. Engkau telah berfirman bahwa manusia diciptakan dengan sifat lemah.

Ya Allah, terimalah dan tempatkanlah aku bersama golongan yang suka merendah diri dan selalu takut pada-Mu.

Ya Allah, Ya Rabbi, Engkau Allah dan aku hamba-Mu. Engkau wujud dan aku tiada. Maha Suci Engkau, aku tidak pernah memiliki dan berkuasa terhadap diriku sendiri, walau sedikitpun.

Ya Allah, Ya Rabbi, kuserahkan diriku pada-Mu. Kuserahkan segala kelemahanku pada-Mu. Kuserahkan hidupku pada-Mu. Tiada yang lebih mampu dan kuat kecuali Engkau ya Allah.

Karena Engkau, aku hidup. Karena Engkau, aku mati. Karena Engkau, Kau bangkitkan aku kembali. Karena Engkau, kuterima pengampunan. Dan karena Engkau aku dapat memasuki jannah-Mu..."Syah Rizalhttp://www.blogger.com/profile/01210529038378902556noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-7852551.post-73621104499211869932010-03-09T17:02:00.000-08:002010-03-09T17:04:16.691-08:007/3/2010Dan kalaulah Tuhanmu (wahai Muhammad) mengkehendaki, tentulah Ia menjadikan umat manusia semuanya
menurut ugama yang satu. (Tetapi Ia tidak berbuat demikian) dan kerana itulah mereka terus-menerus berselisihan.- surah Hud 118 **

Tetapi orang-orang yang telah diberi rahmat oleh Tuhanmu, (mereka bersatu di dalam ugama Allah); dan untuk
(perselisihan dan rahmat) itulah Allah menjadikan manusia. Dan dengan yang demikian sempurnalah janji Tuhanmu:
"Sesungguhnya Aku akan memenuhi neraka jahanam dengan sekalian jin dan manusia (yang berdosa)" - Surah Hud 119

** Keterangan surah Hud ayat 118 dari Tafsir pimpinan Ar-Rahman : Ya'ni janganlah engkau berdukacita wahai Muhammad
melihat banyak manusia yang ingkar. Tuhanmu berkuasa menjadikan mereka sekaliannya beriman menurut ugama Allah yang satu,
tetapi Ia tidak merancang membuat demikian, malah masing-masing diberi ikhtiar untuk memilih, setelah mereka dilengkapkan
dengan akal fikiran dan diutuskan kepada mereka Rasul-rasulNya dengan membawa kitab Allah yang menerangkan mana yang benar
dan mana yang salah. Oleh kerana banyak di antara umat manusia yang menurut hawa nafsu dengan membelakangkan petunjuk Allah,
maka mereka tetap berselisihan terus-menerus, ada yang kafir dan ada yang beriman.
Syah Rizalhttp://www.blogger.com/profile/01210529038378902556noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-7852551.post-15608588697702264782010-01-25T00:37:00.001-08:002010-01-25T00:42:13.099-08:0025/1/2010Daripada Fadhalah bin Ubaid r.a, Nabi S.A.W bersabda:
"Berbahagialaha orang yang diberi hidayat kepada Islam,
manakala kehidupannya pula sentiasa mencukupi dan berpada"
Riwayat al-Tarmizi dan AhmadSyah Rizalhttp://www.blogger.com/profile/01210529038378902556noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-7852551.post-69612136190362430962010-01-25T00:32:00.000-08:002010-01-25T00:33:18.485-08:0024/1/2010Daripada Sa'ad bin Abu Waqqas r.a, Nabi S.A.W bersabda:
"Kelebihan ilmu itu lebih aku sukai daripada kelebihan ibadat.
Kebaikan dalam agama kamu ialah warak" Riwayat al-HakimSyah Rizalhttp://www.blogger.com/profile/01210529038378902556noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-7852551.post-17696035666265691872010-01-25T00:23:00.000-08:002010-01-25T00:29:25.803-08:0023/1/2010Dari Abu darda r.a. nabi S.A.W bersabda :
"Tidak seorang Muslim pun mendoakan kebaikan bagi saudaranya sesama Muslim yang berjauhan melainkan malaikat
mendoakannya pula. Mudah-mudahan engkau beroleh kebaikan pula" Riwayat MuslimSyah Rizalhttp://www.blogger.com/profile/01210529038378902556noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-7852551.post-50803006499241498842010-01-21T19:34:00.001-08:002010-01-21T19:34:50.641-08:0021/1/2010Rasulullah SAW bersabda: “Tidak mungkin berkumpul iman dan kufur dalam jiwa seseorang dan juga tidak mungkin pula bersatu sifat jujur dan dusta padanya sekali gus sebagaimana tidak mungkin bersama sifat khianat dan amanah padanya dalam satu masa” (Hadis Riwayat Ahmad)Syah Rizalhttp://www.blogger.com/profile/01210529038378902556noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-7852551.post-26228684389476113092010-01-21T19:33:00.001-08:002010-01-21T19:34:00.916-08:0020/1/2010Sabda Rasulullah SAW: “Sesiapa yang diberi suatu kebaikan hendaklah ia mengingatinya, sesiapa yang mengingatinya ia dianggap bersyukur. Sesiapa yang tidak mengenang budi yang diberi dianggap sebagai kufur nikmat,” (Hadis Riwayat at-Tabrani).Syah Rizalhttp://www.blogger.com/profile/01210529038378902556noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-7852551.post-56227635803189605382009-06-25T17:34:00.001-07:002009-06-25T17:36:22.482-07:0026/06/09Dan sesiapa yang berhijrah pada jalan Allah (untuk membela dan menegakkan Islam), nescaya ia akan dapati di muka bumi ini tempat berhijrah yang banyak dan rezeki yang ma’mur; dan sesiapa yang keluar dari rumahnya dengan tujuan berhijrah pada jalan Allah dan RasulNya, kemudian ia mati (dalam perjalanan), maka sesungguhnya telah tetap pahala hijrahnya disisi Allah. Dan (ingatlah) Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani (An’Nisaa : 100)Syah Rizalhttp://www.blogger.com/profile/01210529038378902556noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-7852551.post-37717206037088624222009-06-25T17:33:00.001-07:002009-06-25T17:33:50.015-07:0025/06/09Nabi S.A.W bersabda;
“Bahawa kamu beribadah kepada Allah seaakan-akan kamu itu melihatNya. Dan jika kamu tidak melihat-Nya maka Allah melihat kamu. (Riwayat Muslim)Syah Rizalhttp://www.blogger.com/profile/01210529038378902556noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-7852551.post-66796787338043659062009-06-25T17:32:00.001-07:002009-06-25T17:32:55.554-07:0024/06/09Dan sesiapa yang mengerjakan sesuatu dosa maka sesungguhnya ia hanya mengerjakannya untuk (menjadi bala bencana yang) menimpa dirinya sendiri. Dan (ingatlah) Allah Maha Mengetahui, lagi Maha Bijaksana (An’Nisaa : 111)Syah Rizalhttp://www.blogger.com/profile/01210529038378902556noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-7852551.post-54179973725388579372009-06-25T17:30:00.000-07:002009-06-25T17:31:37.059-07:0023/06/09Dari Ibnu Mas’ud, Nabi S.A.W bersabda;
“Tidaklah masuk syurga barang siapa yang didalam hatinya terdapat kesombongan yang sebesar biji zarah (atom) sekalipun” (Riwayat Muslim)Syah Rizalhttp://www.blogger.com/profile/01210529038378902556noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-7852551.post-27199290569703018862009-06-18T20:41:00.000-07:002009-06-18T20:42:21.747-07:0018/9/09Dan sesiapa yang mencari ugama selain ugama Islam, maka tidak akan diterima daripadanya, dan ia pada hari akhirat kelak dari orang-orang yang rugi. (Ali-Imran : 85)Syah Rizalhttp://www.blogger.com/profile/01210529038378902556noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-7852551.post-34153567354914410642009-06-18T20:40:00.000-07:002009-06-18T20:41:41.403-07:0017/6/09Dari Abu Hurairah r.a katanya Rasulullah s.a.w bersabda:”Kelak di hari kiamat Allah Tabaraka wa Taala akan menggenggam bumi dan menggulung langit dengan tangan kanan-Nya. Kemudian Dia berfirman:”Akulah Raja! (penguasa) Manakah dia raja-raja di bumi?” (Hadis Riwayat Muslim)Syah Rizalhttp://www.blogger.com/profile/01210529038378902556noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-7852551.post-73656235227044977922009-06-16T20:06:00.001-07:002009-06-16T20:07:21.643-07:0015/6/09Dan janganlah kamu terharap-harap (ingin mendapat) limpah kurnia yang Allah telah berikan kepada sebahagian dari kamu (untuk menjadikan mereka) melebihi sebahagian yang lain (tentang harta benda, ilmu pengetahuan atau pangkat kebesaran). (Kerana telah tetap) orang-orang lelaki ada bahagian dari apa yang mereka usahakan, dan orang-orang perempuan pula ada bahagian dari apa yang mereka usahakan; (maka berusahalah kamu) dan pohonkanlah kepada Allah akan limpah kurniaNya. Sesungguhnya Allah sentiasa Mengetahui akan tiap-tiap sesuatu. (An-Nisaa’ : 32)Syah Rizalhttp://www.blogger.com/profile/01210529038378902556noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-7852551.post-38203789251665686822009-06-16T20:05:00.001-07:002009-06-16T20:06:06.732-07:0014/6/09Nabi S.A.W bersabda;
“Tiga perkara yang sesiapa mempunyainya, maka dia mempunyai kemanisan iman, Allah dan Rasul lebih dikasihinya daripada yang lain, dia tidak kasih kepada seseorang melainkan kerana Allah, dan dia benci untuk dicampak ke dalam neraka” (hadis Riwayat al-Bukhari)Syah Rizalhttp://www.blogger.com/profile/01210529038378902556noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-7852551.post-5671897464892257862009-06-14T03:15:00.000-07:002009-06-14T03:17:26.153-07:0013/6/09Dan apabila kamu diberikan penghormatan dengan sesuatu ucapan hormat (seperti memberi salam), maka balaslah penghormatan itu dengan yang lebih baik daripadanya, atau balaslah dia (dengan cara yang sama). Sesungguhnya Allah sentiasa menghitung tiap-tiap sesuatu. (An-Nisaa’ : 86)Syah Rizalhttp://www.blogger.com/profile/01210529038378902556noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-7852551.post-44787229805264864192009-06-14T03:13:00.000-07:002009-06-14T03:14:31.151-07:0012/6/09Nabi S.A.W bersabda;
“seseorang anak itu tidak dilahirkan ke dunia melainkan ia dicipta daripada tanah kuburannya sendiri” (Hadis riwayat Abu Hurairah)Syah Rizalhttp://www.blogger.com/profile/01210529038378902556noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-7852551.post-78781802584167245002009-06-14T03:12:00.000-07:002009-06-14T03:13:36.935-07:0011/6/09Dan Dialah yang menidurkan kamu pada waktu malam, dan mengetahui apa yang kamu kerjakan pada siang hari, kemudian ia bangunkan kamu (dari tidur) padanya, untuk disempurnakan ajal (masa umur kamu) yang telah ditetapkan. Kemudian kepada-Nyalah tempat kamu kembali, kemudian ia menyatakan kepada kamu apa yang kamu lakukan. . (Al-An’am : 60)Syah Rizalhttp://www.blogger.com/profile/01210529038378902556noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-7852551.post-28536023040868702712009-06-10T07:22:00.000-07:002009-06-10T07:23:24.752-07:0010/6/09Nabi Isa a.s bersabda; “Adapun dunia ini tiga hari sahaja, iaitu semalam yang telah berlalu tanpa suatu apa di tanganmu, hari ini yang engkau sedang berada di dalamnya dan esok yang tidak pasti engkau dapat menemuinya”.Syah Rizalhttp://www.blogger.com/profile/01210529038378902556noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-7852551.post-12030482632451904612009-06-10T07:16:00.000-07:002009-06-10T07:21:30.871-07:009/6/09Tiap-tiap yang bernyawa akan merasai mati, dan bahawasanya pada hari kiamat sahajalah akan disempurnakan balasan kamu. Ketika itu sesiapa yang dijauhkan dari neraka dan dimasukkan ke syurga, maka sesunguhnya ia telah berjaya. Dan (ingatlah bahawa) kehidupan di dunia ini (meliputi segala kemewahannya dan pangkat kebesarannya) tidak lain hanyalah kesenangan bagi orang-orang yang terpedaya. (Ali-Imran : 185)Syah Rizalhttp://www.blogger.com/profile/01210529038378902556noreply@blogger.com0