Thursday, June 25, 2009

26/06/09

Dan sesiapa yang berhijrah pada jalan Allah (untuk membela dan menegakkan Islam), nescaya ia akan dapati di muka bumi ini tempat berhijrah yang banyak dan rezeki yang ma’mur; dan sesiapa yang keluar dari rumahnya dengan tujuan berhijrah pada jalan Allah dan RasulNya, kemudian ia mati (dalam perjalanan), maka sesungguhnya telah tetap pahala hijrahnya disisi Allah. Dan (ingatlah) Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani (An’Nisaa : 100)

25/06/09

Nabi S.A.W bersabda;
“Bahawa kamu beribadah kepada Allah seaakan-akan kamu itu melihatNya. Dan jika kamu tidak melihat-Nya maka Allah melihat kamu. (Riwayat Muslim)

24/06/09

Dan sesiapa yang mengerjakan sesuatu dosa maka sesungguhnya ia hanya mengerjakannya untuk (menjadi bala bencana yang) menimpa dirinya sendiri. Dan (ingatlah) Allah Maha Mengetahui, lagi Maha Bijaksana (An’Nisaa : 111)

23/06/09

Dari Ibnu Mas’ud, Nabi S.A.W bersabda;
“Tidaklah masuk syurga barang siapa yang didalam hatinya terdapat kesombongan yang sebesar biji zarah (atom) sekalipun” (Riwayat Muslim)

Thursday, June 18, 2009

18/9/09

Dan sesiapa yang mencari ugama selain ugama Islam, maka tidak akan diterima daripadanya, dan ia pada hari akhirat kelak dari orang-orang yang rugi. (Ali-Imran : 85)

17/6/09

Dari Abu Hurairah r.a katanya Rasulullah s.a.w bersabda:”Kelak di hari kiamat Allah Tabaraka wa Taala akan menggenggam bumi dan menggulung langit dengan tangan kanan-Nya. Kemudian Dia berfirman:”Akulah Raja! (penguasa) Manakah dia raja-raja di bumi?” (Hadis Riwayat Muslim)

Tuesday, June 16, 2009

15/6/09

Dan janganlah kamu terharap-harap (ingin mendapat) limpah kurnia yang Allah telah berikan kepada sebahagian dari kamu (untuk menjadikan mereka) melebihi sebahagian yang lain (tentang harta benda, ilmu pengetahuan atau pangkat kebesaran). (Kerana telah tetap) orang-orang lelaki ada bahagian dari apa yang mereka usahakan, dan orang-orang perempuan pula ada bahagian dari apa yang mereka usahakan; (maka berusahalah kamu) dan pohonkanlah kepada Allah akan limpah kurniaNya. Sesungguhnya Allah sentiasa Mengetahui akan tiap-tiap sesuatu. (An-Nisaa’ : 32)

14/6/09

Nabi S.A.W bersabda;
“Tiga perkara yang sesiapa mempunyainya, maka dia mempunyai kemanisan iman, Allah dan Rasul lebih dikasihinya daripada yang lain, dia tidak kasih kepada seseorang melainkan kerana Allah, dan dia benci untuk dicampak ke dalam neraka” (hadis Riwayat al-Bukhari)

Sunday, June 14, 2009

13/6/09

Dan apabila kamu diberikan penghormatan dengan sesuatu ucapan hormat (seperti memberi salam), maka balaslah penghormatan itu dengan yang lebih baik daripadanya, atau balaslah dia (dengan cara yang sama). Sesungguhnya Allah sentiasa menghitung tiap-tiap sesuatu. (An-Nisaa’ : 86)

12/6/09

Nabi S.A.W bersabda;
“seseorang anak itu tidak dilahirkan ke dunia melainkan ia dicipta daripada tanah kuburannya sendiri” (Hadis riwayat Abu Hurairah)

11/6/09

Dan Dialah yang menidurkan kamu pada waktu malam, dan mengetahui apa yang kamu kerjakan pada siang hari, kemudian ia bangunkan kamu (dari tidur) padanya, untuk disempurnakan ajal (masa umur kamu) yang telah ditetapkan. Kemudian kepada-Nyalah tempat kamu kembali, kemudian ia menyatakan kepada kamu apa yang kamu lakukan. . (Al-An’am : 60)

Wednesday, June 10, 2009

10/6/09

Nabi Isa a.s bersabda; “Adapun dunia ini tiga hari sahaja, iaitu semalam yang telah berlalu tanpa suatu apa di tanganmu, hari ini yang engkau sedang berada di dalamnya dan esok yang tidak pasti engkau dapat menemuinya”.

9/6/09

Tiap-tiap yang bernyawa akan merasai mati, dan bahawasanya pada hari kiamat sahajalah akan disempurnakan balasan kamu. Ketika itu sesiapa yang dijauhkan dari neraka dan dimasukkan ke syurga, maka sesunguhnya ia telah berjaya. Dan (ingatlah bahawa) kehidupan di dunia ini (meliputi segala kemewahannya dan pangkat kebesarannya) tidak lain hanyalah kesenangan bagi orang-orang yang terpedaya. (Ali-Imran : 185)

Monday, June 08, 2009

8/6/09

Nabi S.A.W bersabda;
“Barangsiapa menahan marah padahal ia mampu menampakkannya, maka kelak pada hari kiamat Allah akan memanggillnya di hadapan para makhluk dan menyuruhnya untuk memilih bidadari yang ia sukai” (Hadis riwayat Tirmidzi)

Sunday, June 07, 2009

7/6/09

(Ingatlah) hari (kiamat yang padanya) tiap-tiap seorang akan mendapati apa sahaja kebaikan yang telah dikerjakannya, sedia (dibentangkan kepadanya dalam surat amalnya); dan demikian juga apa sahaja kejahatan yang telah dikerjakannya. (Ketika itu tiap-tiap orang yang bersalah) ingin kalau ada jarak yang jauh di antaranya dengan amalnya yang jahat itu. Dan Allah perintahkan supaya kamu beringat-ingat terhadap kekuasaaan DiriNya(menyeksa kamu). Dan (ingatlah juga), Allah Amat belas kasihan kepada hamba-hambaNya. (Ali-Imran :30)

6/6/09

Abul Lait’s meriwayatkan dengan sanadnya dari Al-Hassan bin Ali r.a, Nabi S.A.W bersabda; “Suka dunia itu menyebabkan susah dan risau. Zuhud terhadap dunia itu menyenangkan(menenangkan) hati, fikiran dan badan. Bukan kemiskinan yang aku khuatirkan atas kamu tetapi aku khuatirkan kamu dari kaya. Jika terbuka luas bagimu dunia sebagaimana terbuka luas pada umat yang sebelummu, maka kamu berebut sebagaimana mereka berebut, maka ianya membinasakan kamu sebagaimana membinasakan mereka”.

Saturday, June 06, 2009

5/6/09

Dan dirikanlah oleh kamu akan sembahyang dan tunaikanlah zakat; dan apa jua yang kamu dahulukan dari kebaikan untuk diri kamu, tentulah kamu akan mendapat balasan pahalanya di sisi Allah. Sesungguhnya Allah sentiasa Melihat segala yang kamu kerjakan. (Al-Baqarah 110)

4/6/09

Nabi S.A.W bersabda;
“Barangsiapa memiliki tiga anak perempuan, di mana ia melindungi, menyayangi, dan menanggung beban kehidupannya maka ia pasti akan mendapatkan syurga.
(Hadis Riwayat Ahmad)

3/6/09

Dan hendaklah ada di antara kamu satu puak yang menyeru(berdakwah) kepada kebajikan(mengembangkan Islam), dan menyuruh berbuat segala perkara yang baik, serta melarang daripada segala yang salah(buruk dan keji). Dan mereka yang bersifat demikian ialah orang-orang yang berjaya (Ali-Imran 104)